Thursday, April 24, 2008

Keadaan Manusia Pada Akhir Zaman

Ketahuilah bahawa pada hari-hari terakhir akan datang masa yang sukar. Manusia akan mencintai dirinya sendiri dan menjadi hamba wang. Mereka akan membual dan menyombongkan diri, mereka akan menjadi pemitnah, mereka akan berontak terhadap orang tua dan tidak tahu berterima kasih, tidak memperdulikan agama, tidak tahu mengasihi, tidak mahu berdamai, suka menjelekkan orang, tidak tahu mengekang diri, garang, tidak suka yang baik, suka menghianat, tidak berfikir panjang, berlagak tahu, lebih menuruti hawa nafsu dari pada menuruti Allah. Secara lahiriah mereka menjalankan ibadah mereka, tetapi pada hakikatnya mereka memungkiri kekuatannya. Jauhilah mereka itu! sebab di mana mereka terdapat orang-orang yang menyeludup ke rumah orang lain dan menjerat perempuan-perempuan lemah yang sarat dengan dosa dan dikuasai oleh berbagai-bagai nafsu, yang walaupun selalu ingin diajar, namun tidak pernah mengenal kebenaran. Akal mereka bobrok dan iman mereka tidak tahan uji. Tetapi sudah pasti mereka tidak akan lebih maju, kerana kebodohan merekapun akan nyata bagi semua orang.

1 comment:

raspintar said...

Benar. Manusia sudah tidak pandai hidup bersama di bawah satu bumbung. Masing-masin bercakaran sesama sendiri. Tidak lagi taat dengan ajaran sebenar tetapi menjadikan agama sebagai alasan untuk bercakaran.

Musa (Moses), Daud (David), Ibrahim (Abraham), Yahya (Joseph), Isa (Jesus) dan Mohamad hanya menjadi simbol di gereja dan di masjid. Ajaran mulia yang mereka bawa - kita lupakan lalu fahaman baru benbentuk sosialis, komunis dan kapitalis menjadi pegangan manusia.

___________

Terima kasih kerana membuka blog ini dan mempelawa manusia ke arah kasih dan sayang.